Wednesday 17 April 2013

keduapuluh

tak tahu
mana lagi mahu sembunyi

barangkali
disini?

emmm
malam malam sendiri
selalu cuba pejam mata
harap bila buka
kau ada depan mata

akhir akhir ini
susah tidur jadinya aku

Wednesday 10 April 2013

kesembilanbelas

tubuh ini jangan dibiar lepas
genggam jari jari ini seperti selalu

mari kejar sama sama
mari penat sama sama

kerana aku tak pernah penat
bila ianya tentang kau

tuhan saja tahu
yang aku hampir gila

Tuesday 9 April 2013

kelapanbelas

aku kirimkan doa buat dia hari hari
biar compang campingnya aku
tapi aku mahu tetap dia ketawa
tetap mahu bikin dia bahagia

tuhan
kalau esok matinya aku
mohon kau jagakan dia



ketujuhbelas

andai bisa hati ini diceraikan
sudah lama aku ceraikan dia


keenambelas

percayalah
tak akan pernah ada minta minta lagi

sedar
bahagia itu mahal harganya