Sunday, 22 July 2012

alhamdulillah

apa lagi yang aku mahu?
bukan sudah punya lelaki yang manis hatinya

alhamdulillah
aku punya manusia sempurna baru
buat ramadhan kali ini


salam ramadhan.

indah



aku rindu mahu baring di peha ketika kau memandu

kawal

aku lupa
aku punya tuhan
yang selalu mahu
dengar

aku lupa

maaf sayang
cinta buat aku lupa yang tuhan beri aku akal


Tuesday, 17 July 2012

step

buat diri yang tercinta
agak lambat tapi mahu juga dikongsi

selamat hari lahir yang ke duapuluhenam

sebelasjulailapanpuluhenam

tiada kemahuan yang bukan bukan
cuma mahu yang lebih baik buat langkah hari esok dan hari akan datang
insyaAllah

mohon manis dan hati penuh bunga
terus tersenyum dengan jatuh bangunnya hidup

buat bakal suami, terima kasih
beri cahaya pada tiap lorongnya hati aku

buat keluarga, terima kasih
dunia akhirat tetapnya darah aku

buat sahabat, terima kasih
masih tetap tersenyum sama

syukur.


Thursday, 12 July 2012

Tuesday, 3 July 2012

cerita lama

bertahun tahun lamanya
dan akhirnya aku sedar dari mimpi

cukup mahu kata
sakitnya aku bagai manusia kelam tanpa arah