Tuesday 30 October 2012

kiraannya

kelabu mata
sisi skrin yang tidak bernyawa
tapi padat isinya
ditatap setiap hari
kemerosotan fungsi antidot badan
kian dirasakan
tik tok tik tok
masa terus berjalan
dalam sendiri di meja kerja
lalu sejenak akal
angka tiga puluh kian menghampiri
komposisi kenyataannya
aku kini seorang wanita

Wednesday 24 October 2012

detik

mata ke mata hati hati
aku suka
renung dalam dalam
mahu lihat lagi sambil kata
"i love you"

Tuesday 23 October 2012

ada

aku lupa
ada yang rindu
ada yang menanti

aku kembali
beri senyuman paling manis
buat semua


Monday 22 October 2012

turun naik

apa ini yang harus dilalui
oleh seorang perempuan
yang menginjak menjadi sang wanita
berombak badai
bergelora dalam sesaknya nafas
cakarnya fikiran
kadang selirat
gigih dalam senyum
atau mungkin tak tercapai akal
perempuan, perempuan, wanita, wanita
seribu satu macam istimewanya kau

Friday 19 October 2012

ya

tanda yang ada di jari
selalu aku renung untuk sekian kali
beberapa hari ini
tanpa sedar air jernih mengalir di pipi


putus asanya aku tentang hidup
terdetik hari ini
aku punya cinta yang aku sendiri tak pernah mampu ada dulu
aku ada kerana kau ada

kalau ditanya tentang bahagia

"ya aku bahagia"

Monday 15 October 2012

percaya

dugaan maha hebat datang dan pergi
saat usia yang semakin senja
apa aku kuat kali ini?
apa harus aku tentang mati matian?
walau sakitnya buat aku mati berkali kali?

ya aku harus
bunga kental yang selalu aku percaya
senyum juria
senyum.

.....

hari tak akan selalunya indah bukan?

Tuesday 9 October 2012

hari ini

bila manusia menjadi jalang
hidup keji tanpa berpandukan akal

Thursday 4 October 2012

inside me

segala macam celaka datang dalam hidup aku
akhir akhir ini
cuma jangan dipersoalkan
syukur masih punya nyawa
punya keluarga
dan punya

lelaki yang paling manis hatinya
lelaki yang berdiri teguh bersama aku saat jatuh dan matinya aku
lelaki yang selalu berikan aku senyuman manis yang bisa buat hati jatuh cinta
lelaki yang sanggup genggam erat jari aku hingga akhir usia
lelaki yang sentiasa kata "kita harus kuat untuk kita"

terima kasih sayang


tidak

apa kau tahu tentang kondisi aku
wahai manusia manusia keji
yang hanya bertopengkan dari tanah yang sama
tidak sama sekali aku halalkan
dengan tiap hasil peluh yang aku titiskan
tidak.

Monday 1 October 2012

mohon

kalau ini la ujian maha hebat buat aku
aku redha
mohon kuat buat aku dan juga dia
kata dia
"kita harus kuat untuk kita"
"kau ada aku, aku ada kau"
mohon aku jangan sampai lupa tuhan

...................................................................
buat peragut dan si busuk hati durjana
bergembira lah kau selagi boleh
tiada apa yang pernah kekal