Tuesday, 30 October 2012

kiraannya

kelabu mata
sisi skrin yang tidak bernyawa
tapi padat isinya
ditatap setiap hari
kemerosotan fungsi antidot badan
kian dirasakan
tik tok tik tok
masa terus berjalan
dalam sendiri di meja kerja
lalu sejenak akal
angka tiga puluh kian menghampiri
komposisi kenyataannya
aku kini seorang wanita

Wednesday, 24 October 2012

detik

mata ke mata hati hati
aku suka
renung dalam dalam
mahu lihat lagi sambil kata
"i love you"

Tuesday, 23 October 2012

ada

aku lupa
ada yang rindu
ada yang menanti

aku kembali
beri senyuman paling manis
buat semua