Thursday, 29 December 2011

relax

duduk minum air kegemaran, lagak orang tua katanya
lama sangat memerap sampai lupa meja kaki gosip
gelak lagi dan lagi hilang sopan perempuan melayu terakhir
bahagia dengar cerita kawan kawan tentang hari bahagia
tenggelam timbul perasaan
santai dalam keadaan cemburu
otak pula kata ala sabar aja, relax hari kau pasti juga
tuhan sudah uruskan sesuatu untuk kita
percaya saja, dia tidak kejam malah dia semakin sayang

Wednesday, 28 December 2011

shit

adakah aku terlalu melayan perasaan
aahhhh tidak sila pijak pijak hati yang dah lama mati
tapi kenapa kau beri kasih pada yang satu lagi?
hati kau pula ke mana?
kenapa tak kau diamkan saja, simpan saja hati mati kau itu
takkah kau rasa kau tak berlaku adil?
aku cuba dan terus cuba
dua ribu sebelas aku mahu tanamkan semua rasa
paling dalam tanpa sebarang jejak

dulu kau cari arah, berapa lama?
jijik kotor, indah rasa sampai ke bulan
semua kau simpan sampai jadi darah daging
kali ini tolong kembalikan hati kau

tolong...

Tuesday, 27 December 2011

detik demi detik

kalau lah cerita itu
sekuat cinta bella dan edward

aku kirimkan segala bersama angin
satu hari pasti semua rasa
akan aku sampaikan buat dia
sebelum aku jadi milik orang lain
sebelum darah aku tertulis nama orang lain

bodoh rasa bila bertahun tahun
nama kau sentiasa dihati