Thursday 16 May 2013

Barakallah :)

12 . 05 . 2013
aku seorang isteri
buat lelaki
hadiah istimewa dari tuhan
Barakallah
dalam tiap nafas
hembusan doa
moga kau menjadi
suami yang disayangi tuhan
juga separuh dari diri aku

Wednesday 8 May 2013

duapuluhdua

nah ini sedikit dari aku
dari kejam pada diri sendiri
juga pada semua
bukan senang mahu tenangkan hati
yang rabaknya ntah keberapa ratus kali
apatah lagi koyak compang camping sana sini
bukan senang untuk aku cantumkan balik
kerja keras
mahu bikin semua orang senang
itu juga bukan mudah
jilat ludah sendiri pun sudah tak mampu kira
separuh nyawa aku kutip satu satu
nah hari ini aku berdiri
tak akan mampu kalau bukan dengan izin dia
biar sentap sendiri
tak akan aku biarkan satu duri tertusuk
tak akan

hembus lalu aku pejam mata


duapuluhsatu

lama menyepi
singgah rindu
jalan jalan
dalam kepala

apa benar ini jalan dari tuhan?

tiga hari lagi
dalam sujud aku menangis

ya tuhan
kelak kau jadikan lah aku
seorang anak yang baik

ya tuhan
kelak kau jadikan lah aku
seorang isteri yang taat
pada suami dan agamanya

ya tuhan
kelak kau jadikan lah aku
seorang ibu yang mampu
bimbing anak anakku
ke jalan diredhai

ya tuhan
kelak kau jadikan lah aku
hamba yang tidak sekali
berpaling tadah padamu

ya Allah ya Rahman ya Rahim