Tuesday 26 March 2013

kelimabelas

kenapa dia jadi pilihan?

kerana dia lelaki pertama
yang kata mahu aku jadi isterinya

tiada kata romantis
tiada kata cinta
sama sekali aku tidak pernah bercinta dengannya

datang tanpa sedar

lalu dia terus melamar aku

Tuesday 19 March 2013

keempatbelas

drama?

apa memahami itu lebih sukar dari segala galanya
mulanya aku bicara pada bulan
tentang isi hati
sembunyi sembunyi
dari bayangnya manusia

Monday 18 March 2013

ketigabelas

menunggunya sang pelangi
adakalanya buat hati tersenyum
walau dalam debar
tiap tiap hari aku kirim buat tuhan
mohon kuat
mohon sabar
mohon cinta dan jiwa jadi satu
mohon mudahnya urusan
mohon agar semuanya jadi indah

demi tuhan
duapuluhtujuh ini
aku mohon lebih manis

Monday 11 March 2013

keduabelas

entah kali ke berapa
kali ini
aku sendiri tidak pasti
selalu mengharap hujan di hati berlalu pergi
mungkin saja tuhan tahu
cuaca dalam diri
makin tua
tak mahu terbuang sia sia
mohon dia selalu lapangkan dada aku
dengan buat aku tidak lupa sujud


penat.

Tuesday 5 March 2013

kesebelas

buat aku jadi nakal semula
mahu?

bersama sedikit fikiran kotor

Monday 4 March 2013

kesepuluh

kalau aku punya
sebatang punca
yang bisa
buat aku
renung
dalam dalam
matinya hidup aku
dari mulanya
aku kenal
hidup dan cinta
hingga akhirnya
tanpa rasa berbagi


alangkah indahnya
merasa sendu sendiri

kesembilan

peritnya setiap rasa
yang harus disimpan
mati mati
waktu berjalan
tanpa sedikit pun
memikirkan rasa kesian
tak ingin jadi sia sia
ini hidup
suka tak suka
esok masih ada