Wednesday 20 February 2013

kelapan

aku relakan jiwa
dengan tiap tiap bait
dugaan yang datang menyerang
hidup aku akhir akhir ini

satu persatu
buat dosa dosa lalu
aku relakan
biar tak tidur malam
biar mimpi ngeri
biar sekali lagi aku terpukul
biar sekali lagi aku tersesak

aku relakan
kerana ada yang kuat demi aku

Thursday 14 February 2013

ketujuh

aku tidak perlu hujan terus melacurkan diri dalam setiap hembus nafas aku
tidak perlu
tiba masanya aku berdiam diri

Wednesday 13 February 2013

keenam

biar aku selalu sakit tapi tidak dia
minta tuhan selalu bahagiakan dia
dengan segala tiap senyuman

dalam dasar paling dalam
separuh nafas dia adalah nyawa
sekali lagi tuhan
tolong jagakan dia

Friday 1 February 2013

kelima

kalaulah aku bisa membuatkan orang lain lebih bahagia dari diri aku sendiri

hmmmmmm

apa pernah ditanya "kamu bahagia bersama aku?"