Monday 31 December 2012

bertemu lagi

hai
berhari hari di tinggal
maaf hidup semakin sibuk
tenggelam timbul bermacam macam emosi
segala palat datang dan pergi
sedar tak sedar
hampir berlalu duaribuduabelas
yang aku selalu pohon manisnya
tak mengapa
syukur aku masih punya nafas

tak mahu yang lebih buat kali ini
cukup kian kali
tuhan
jangan tawarkan aku dengan masa lalu

lekatkan aku dengan tiap senyuman

Monday 24 December 2012

sudut

duapuluhenam
banyak yang diharung
lama aku lacurkan segala keringat
buat sisipan nyawa serta harta
yang tak akan pernah berubah
dunia akhiratnya


pandanglah aku walau sedikit
kerana aku tahu pengorbanan aku
tak akan pernah sama

Thursday 20 December 2012

go baby go

sedang usaha
membuang sisa lemak yang ada
kenyataannya aku semakin berisi
diulit senang hati atau aku sudah tidak peduli
kurus kering dek makan hati tiada lagi
semoga berjaya buat diri sendiri!

Wednesday 12 December 2012

salam

terkadang kembali
terkadang diam seketika
terkadang merenung
melihat dalam keadaan suram
menghela dengan nafas panjang
hidup ada pasang surutnya
menghela lagi....

Monday 10 December 2012

26

tidak
marah ini bukan untuk kau
sedih ini adalah untuk diri aku sendiri
segala sebab ujian datangnya dari dia

kaku
mana harus aku mula
dalam kepala cuma ada
6 tahun yang lalu

perempuan sampah .

Thursday 6 December 2012

lone ranger

hidup pura pura punya kawan
amatlah letih dan membosankan
cakap seorang depan cermin
kroniknya cuping kiri kanan jadi pendengar setia


termenung.....bosannya

Monday 3 December 2012

kembali lagi

ketemu lagi pada bulan bercanda
betapa cepatnya musim berlalu
duaribuduabelas hampir tertutup tirainya
seperti selalu harapan yang baik baik sahaja
insyaAllah
akan datang aku punya status baru