Wednesday 28 November 2012

ingatan

pernah aku katakan

"jangan berlari dalam minda aku nanti jatuh, jaga jaga"


hunger hurts

aku hilang kata kata
tak terluah
ruang gelap aku inginkan
tidak mahu bangun sampai bila bila

Monday 26 November 2012

dulu dulu

harus saja aku buang saja
lemak lemak yang makin mengeras
disana sini
mahu saja seperti dulu dulu
dimamah makan hati
lalu aku kurus kering dengan tiba tiba
tiada yang terangsang
melainkan sekeping matinya hati

Thursday 22 November 2012

surat cinta

kau tahu
kiri kanan
depan belakang
atas bawah
mahu saja aku beri
seluruh kehidupan aku buat kau

dengan segala jatuh bangun
yang kita hadap, telan, kunyah
hadam bersama

aku tak tahu nak anggap apa
"kau lebih dari nyawa"

gagah

"time will heal the pain"

pada perempuan yang berkecai hatinya
jangan disambut rabaknya terlalu lama
tiap titis yang mengalir
itu senjata
buat langkah sisipan masa akan datang
percayalah

jangan dibazir bazirkan
pada dia yang layak digelar 'jantan'


Tuesday 6 November 2012

fly baby

mana hilangnya senyum?
mana hilangnya rasa bahagia?
come on jue!
persetankan saja segala bangsat yang datang
ratah saja satu persatu
hidup hirup dengan segala rasa
tak rugi apa pun
jangan dilacur rasa kiamat
sedangkan syurga sentiasa menanti
ok jom buat hati senyum lebar!

terus tersenyum

kadang kadang
diam itu perlu
dan aku ingin berkongsi
sedikit kesendirian
andai bibir ini
tak mampu berbicara lagi
biar hati sentiasa berzikir pada yang satu
tinggi maha langitnya

Thursday 1 November 2012

......

apa lagi yang mahu dikata

......................................

pohon sabar saja lah yang aku minta

pohon lebih kuat dari dulu