Friday 29 June 2012

damaged

tiap malam dicalit gincu merah pada bibirnya
dibiar menjadi perempuan singgahan
lalu dicampak menjadi perempuan sampah

dibunuh berkali kali
hatinya tetap setia pada yang itu
sampai dia lupa bahu kanannya sendiri

tanya dia pada diri
apa ini cinta?
buat aku lupa kiri dan kanan aku?

"bodoh!"

Wednesday 27 June 2012

malam dingin

barangkali dia perlu bahu?

terlalu padat akhirnya sesak

seperti biasa dia akan kata "aku ok saja"

Tuesday 26 June 2012

hati halus

dibuai waktu dengan hari hari akan datang
apa aku peduli
cerita lama jauh aku tinggal
tunggu masa darah aku tertulis namanya

sayang mohon kau sentiasa kuat bersama aku
penat lelah dan segala macam sial
yang akan kita hadap sampai hari tua kita

dan aku sentiasa beri kau senyuman paling manis

sambil kata aku cinta kamu.

Sunday 24 June 2012

sama

juga sama seperti manusia lainnya
mengharap pelangi petang muncul
pulihkan semula senyum yang kelat

menghitung hari bergelar tunangan 
buat lelaki yang manis hatinya

mohon kuat dengan dugaan maha hebatnya ini

insyaAllah.

Friday 22 June 2012

sungguh

sungguh terasa hingga ke pagi ini
sedangkan senja semalam sudah melabuhkan tirainya
menahan tangis dalam tiap tutur kata
cukuplah aku tidak mahu derhaka
segala sudah terlerai

wahai susuk tubuh yang semakin dimamah usia

mengapa perlu dibandingkan
mengapa perlu dicanangkan

tidakkah anak anakmu ini
kerah tenaga mencari rezeki yang halal
buat pengorbanan mu dan ibu
dimasa lalu

............................................................
air mata titik demi titik jatuh
hati terluka dengan tiap kata yang diludahkan
buat seorang anak dan kakak seperti aku


Tuesday 19 June 2012

sabar.

apa nak dipeduli dengan hati yang sedang berombak

akhirnya tetap aku pujuk sendiri

mengharap semuanya baik baik sahaja


Wednesday 6 June 2012

lamanya

pernah buang hatinya pada jurang paling dalam yang tak terbayangkan
dia tahan sakitnya seorang diri bertahun tahun
hatinya patah terkulai siapa tahu
sentiasa buat buat senyum
sentiasa buat buat kuat
sedangkan dirinya mati perlahan lahan

Monday 4 June 2012

racun

selalu mahu rasa skinny
tapi tak mahu pecahkan apa yang ada

ini hormon
sedar sedar lah kau bukan muda lagi

bukan lagi zaman kau
gelak jahat