Sunday 29 April 2012

mengenang

rindu aku pada bukit G

penguat jiwa

mohon dia cepat sembuh
rindu gelak ketawa dia
yang selalu buat aku tenang
yang selalu beri aku rasa cinta

kerana dia jiwa dan nyawa aku kembali

walau hari terus berganti
aku akan tetap teguh disisi dia

sentiasa

Friday 27 April 2012

you

mungkin ini gila tapi separuh mati aku rindu dia

titik.

tiada hati

bila satu satu hilang dari pandangan
patut aku peduli?
sedangkan nama aku sikit pun tidak terlintas

barangkali sudah tak punya harga lagi

aku benci aku

tiada yang tidak terbaik buat dia
lama aku alirkan dalam setiap darah

tanpa sedar
aku selalu bikin dia letih

 

Monday 23 April 2012

saat

ketika waktu aku terjaga dari lelapku
bila tiap bau dari kulitmu aku rindu dan aku cari
di setiap sudut

manis dan indah

lalu aku tersenyum

cuma

tanya aku pada langit "kenapa aku?"
tanya aku pada hati "rabak apa lagi?"
atau aku perlukan telinga
pada siapa untuk aku berbicara
jangan izinkan hati aku pecah beribu

sayang
dulu aku sendiri
hari ini bawa aku bersama
kuatkan aku, fahamkan aku
bukan untuk sendiri sendiri 
tapi untuk masa depan kita

sayang
tenangkan aku



Wednesday 18 April 2012

drowning

rasa yang tarik aku turut serta
macam biasa
buat buat kuat

Monday 16 April 2012

lawan

tiada jawapan
aku rindu mahu jadi burung hantu
ditemani lagu lagu yang dibuai segala rasa
hilang kata kata ternyata aku suka
berharap esok baik baik sahaja

mahu tak mahu
aku harus gagah
ternyata hidup ini bukan tentang kau seorang saja jue

langit tolong khabarkn aku,
  benarkah ini jalannya?

 

Friday 13 April 2012

pejam celik

sedang menghitung hari dan waktu
restukan aku untuk mencintai dia dunia akhiratku
susah senang malam siang tanpa henti

Friday 6 April 2012

darah

terasa dugaan maha hebat Kau berikan
aku risau
aku susah hati
terpalit segala macam dalam kepala
mulut kata 'sembuhkan la dia'
jelas darah yang sama sikit aku tak mahu ada cacat celanya
tapi aku bukan tuhan
duhai harta tak ternilai
taufannya untuk aku
biar pelanginya buat kau












mohon sembuh si kecik JH

Monday 2 April 2012

Ib Ib

i will give you a sweet blood of mine


waiting.

ketika

bila dikenang zaman aku seorang perempuan sampah yang selalu punya hati rabak, tersenyum aku seorang diri..rapuh dalam cara aku sendiri, sarat dengan sedih yang aku sendiri tak tahu cara nak lontarkannya, peram sampai jadi darah daging, menahan sakit diatas katil sendiri, lelahnya aku dengan hidup, cuba buat buat kuat, hey aku bahagia, hidup dalam pura pura itu amat susah dan amat sakit.

sampai tahap klimaksnya, macam biasa murahnya setitis air mata jadi teman setia, bikin aku banjir.

dengan segala rasa, aku belajar dari hari hari semalam. terima kasih tuhan.