Monday 30 January 2012

kita

esok pasti berbeza
jalan kita tak akan seiringan lagi
maafkan aku
biar harapan itu jatuh bersepai
esok pasti berbeza bila tangan kau
tak aku pimpin lagi
maafkan aku bila aku calit
rasa kecewa yang buat kau mati
maafkan aku
aku rebah sebelum masa
maafkan aku...

dan malam ini aku seperti
mati berkali kali

dan

dan hari ini
aku jatuh terlalu parah
dan hari ini
aku seperti tak mahu bangun lagi

hidden

sedut dalam dalam
segala nafas segala ludah
yang aku kunyah yang aku telan
jelasnya tiga tahun
aku bertahan bersama segala kesakitan
kuatkah lagi aku untuk hari ini?

Saturday 28 January 2012

kaku

dingin
malam ini aku hanyut bersama penjajah minda
wolf.














please jangan bangunkan aku
aku tau aku tak layak
tapi beri aku satu waktu untuk disimpan
sampai matinya aku

Friday 27 January 2012

sinopsis

aku mula dengan cukup kelat
hidup pun merangkak rangkak
ketagih rokok sepam hari hari
cisss bodoh ambil saja la
nak tahan sampai bila?
kau sendiri biar hati kau luka sana sini
tak mengapa?
ini kan pula setakat masuk nikotin
orang tembak kau bertubi tubi
tak mengapa?
damn! cakap seorang
hidup kau memang tak mahu bangun kan
sumpah kau bodoh perempuan!


tiba tiba dia datang
ketuk hati rabak aku

Thursday 26 January 2012

priceless

buat wolf saya
 
lari bersama aku ke san francisco boleh?

Wednesday 25 January 2012

sekejap

hey boleh berhenti sekejap
penat la berlari
rasa shitt la plak
rehat seminit dua
tahan tahan tahan
kau rasa tak nafas aku?
kau rasa tak turun naiknya
rasa tak panasnya aku
ok stop jangan disentuh!












babak pertama aku sentiasa panas.
"im a big girl, i can handle myself. bring it on"

Tuesday 24 January 2012

enough

sayup sayup malam
disapa bunyi hati yang rapuh
sejuk, dingin macam mahalnya senyum aku
terasa sialnya hidup aku
tiba tiba satu hal buat aku sedar
aku bukan milik kau
kau bukan milik aku
terima kasih untuk hari hari indah buat aku
moga satu hari nanti kita punya umur yang panjang
bagi sekian kalinya bersua muka.














kita hanya kebetulan.

Monday 23 January 2012

kalau

kalau lah ada yang faham dalamnya sedih aku
tak kan termampu rasa bebannya
sebab aku sendiri tak termampu rasanya














penat.

tahap

sampai mana jue
owh mulut kata aku selesa
tepek kat dahi ayat karma
ingat ya lekat baik baik ya
jangan jadi melayu mudah lupa
kalau nak dikata layu
mungkin saja aku sudah lama layu

selalu rasa palat datang singgah
nak buat macamana telan saja la
susah sangat nak terluah

tuhan
aku tak tau aku mahu apa dan rasa apa
tapi cuma nak kata aku selesa

tuhan
tolong jangan bagi aku jatuh lagi
tolong ya

terima kasih

Friday 20 January 2012

rindu

tak tau nak kata apa
pagi yang sejuk
ada tak yang boleh buat aku rasa suam, rasa tenang
macam tiba tiba matahari muncul waktu hujan

kenapa aku pilih cerita atas ini
sebab aku rindu
aku rindu begitu dan begini

cukup
biar tayangan ini saja yang cerita

dan aku akan selalu rindu

Thursday 19 January 2012

Tuesday 17 January 2012

noktah

jangan di renung mata aku dalam dalam
kerna aku tak mahu kau turut serta dalam kesedihan aku
kerna aku tak mahu siapa tahu betapa sakitnya aku
cukup hanya aku...

gusar

tak senang duduk aku dibuatnya
tuhan...mohon sembuhkan mata si adik kecilku
naik turun sakitnya
dan aku tetap mengeluh
tuhan...sekali lagi aku mohon sembuhkan mata si adik kecilku

Monday 16 January 2012

kembali

dia kembali
bersama sayap sayap patah
yang dulunya rabak dan hampir hilang
dan hari ini tetap basuh luka lama
tiada manusia darahnya sentiasa bersih
jangan dikata hati tak pernah ditusuk duri
atau saja berbau busuk
lihat kiri kanan atas bawah depan belakang
kita
hanya hamba dengan pencipta yang sama
terus berjalan terus terbang

Thursday 12 January 2012

perempuan

perempuan datang atas nama cinta
bunda pergi kerna cinta.
digenangi racun jingga diwajahmu seperti bulan lelap tidur hatimu yang berdinding kelam dan kedinginan.
ada apa dengannya meninggalkan hati untuk dicaci.
lalu kali ini aku melihat karya syurga dari mata seorang hawa. - aadc (ada apa dengan cinta)

Wednesday 11 January 2012

hope

berarak mendung menemani langit
hati kata cerah lah kau langit
bagi la kami sinar harapan semula
9jam bertarung nyawa di bilik kecemasan
turun naik nafas seksa dirasakan
berbelas belas doctor dan jururawat menemani
segala tiub dan mesin di keliling
sayu sayu sayu
kerana aku juga mengalir atas darah yang sama
lelaki yang begitu tegasnya dalam hidup aku
kini hanya seorang yang begitu kasihkan adiknya
mengalir air mata sambil mengusap kepala
berbisik di telinga, mengucup lembut pipi adiknya
sayu sayu sayu

tuhan aku minta dari tinggi langitmu
tabahkan lah kami dengan dugaanmu ini
mohon dia kembali menatap matahari

Monday 9 January 2012

situasi

sedang tunggu jejak jejak pelangi
insyaAllah akan sampai pada masa dan harinya

Friday 6 January 2012

magnetic

gugur jantung
eh punya lagi kau hati
apa salahnya jatuh cinta pada yang ini
tak dapat dekat tengok babak foto pun jadi la
jangan tinggi rasa adrenalin kau sudah
shitttttt
gila bayang

Thursday 5 January 2012

stay

aku rapuh dalam cara aku sendiri
dan
aku percaya kerja tuhan

Wednesday 4 January 2012

when

sunyi?
boleh tak rasa kongsi yang sama
sumpah aku rasa benci dengan rasa itu
dulu aku kata indah macam tak pijak tanah
terbang dengan bintang malam
hari ini?
tolong la jangan bagi aku maki diri sendiri
sudah sudah la merungut
hidup kau belum merempat lagi kan
kau sudah punya apa yang kau ada
atau kau mahu cakap

hancur hatiku berkeping keping jadinya

ok aku sedang confuse!

Tuesday 3 January 2012

blues

tidur ikut waktu bermula atau masih macam si burung malam
buka mata dalam kepala harus kerja
pandang cermin masih tetap jumpa diri sendiri
senyum kelat
hidup duabelas sudah disisi
nak peluk ketat ketat tak nak bagi terlepas
macam tahun tahun lepas
rasa fuck up selalu ada
potong stim betul
duabelas nak happy lebih boleh?













p/s : rindu suara along zip zieller macam ganja.

Monday 2 January 2012

nafas

duaribuduabelas menjelma
cuma mahu kata syukur dengan nafas ini
tidak la sebaik mana tidak juga sejalang mana
tapi aku juga manusia
pasti punya azam dan impian
sama seperti yang lain
wahai duabelas mohon manis dari kau
insyaAllah sama sama kita doa ya.