Thursday 29 December 2011

relax

duduk minum air kegemaran, lagak orang tua katanya
lama sangat memerap sampai lupa meja kaki gosip
gelak lagi dan lagi hilang sopan perempuan melayu terakhir
bahagia dengar cerita kawan kawan tentang hari bahagia
tenggelam timbul perasaan
santai dalam keadaan cemburu
otak pula kata ala sabar aja, relax hari kau pasti juga
tuhan sudah uruskan sesuatu untuk kita
percaya saja, dia tidak kejam malah dia semakin sayang

Wednesday 28 December 2011

shit

adakah aku terlalu melayan perasaan
aahhhh tidak sila pijak pijak hati yang dah lama mati
tapi kenapa kau beri kasih pada yang satu lagi?
hati kau pula ke mana?
kenapa tak kau diamkan saja, simpan saja hati mati kau itu
takkah kau rasa kau tak berlaku adil?
aku cuba dan terus cuba
dua ribu sebelas aku mahu tanamkan semua rasa
paling dalam tanpa sebarang jejak

dulu kau cari arah, berapa lama?
jijik kotor, indah rasa sampai ke bulan
semua kau simpan sampai jadi darah daging
kali ini tolong kembalikan hati kau

tolong...

Tuesday 27 December 2011

detik demi detik

kalau lah cerita itu
sekuat cinta bella dan edward

aku kirimkan segala bersama angin
satu hari pasti semua rasa
akan aku sampaikan buat dia
sebelum aku jadi milik orang lain
sebelum darah aku tertulis nama orang lain

bodoh rasa bila bertahun tahun
nama kau sentiasa dihati

Monday 26 December 2011

mungkin

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian

ost ombak rindu

putaran

"hatiku di kinabalu"
ok cerita kau berjaya buat air mata aku mengalir
sisi gelap terbuka semula
tapi cepat cepat aku tutup semula
demi dia masa depan aku

wahai angin
tiada kata yang dapat aku ungkapkan
cuma rasa yang aku titipkan
bawa la terbang segala cerita tentang kita itu

"dengan sekelip mata terlerai semua ketentuan masa"

biarkan lah aku terus tersenyum
di sebalik luka dan kebahagiaan hari ini
syukur aku masih diberi kesempatan
untuk punya rasa itu lagi
sehingga hari ini

"tinggi tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu"
"biru biru hujung kinabalu, nengok dari jauh, hati saya rindu"

Wednesday 21 December 2011

celaka

jangan bercakap soal matang kalau kebodohan terserlah
kau siapa untuk tentukan rezeki yang datang dari tuhan
manusia manusia angkuhnya la kata kata kau
mungkin saja kau belum jatuh separuh mati agaknya
baru kau tahu tinggi rendah langitnya dunia ini

Tuesday 6 December 2011

hope

bunga bunga sila datang
harap hari hari penuh dgn senyum
kalau tawar sekali pun
tambah la garam buat perisa
hidup ini perlu diteruskan
itu harus
sudah mula nampak apa yang diinginkan
belum sempurna bahagia
tapi biasa la ada pasang surutnya

Thursday 1 December 2011

duabelas

buat si manis manis
buat si kacak kacak
jelma lg bulan baru, selamat
bulan akhir
segala macam sial, palat, jijik , kotor
jom sama sama buang jauh jauh
yang manis  manis nya saja simpan
kalau pun hati tu banyak yang ditorehnya
simpan rapat rapat ikat kemas kemas
selak sikit sikit sahaja jangan sampai hati jadi sempit

syukur itu perlu
aku akui
baru kau tahu tinggi rendah hidup ini
alhamdulillah
aku siap sedia dengan usia baru
langkah demi langkah
segalanya mohon dipermudahkan

selamat datang 2012 :)