Wednesday 30 November 2011

do i













kacak kan dia?
lelaki ini sudah punya sayap sayapnya
yang akan menemani hingga ke akhir syurga
ok, aku suka karya karya dia dan segala busuk basi babak wayangnya
tahniah ZA dan isteri :)

Sunday 27 November 2011

dunia

1433 tahun baru buat semua
aku juga
tiada apa yang dipinta
cuma mahu yang lebih baik buat diri
yang keruh cuba dijernihkan
itu sahaja
pasti bahagia itu akan sampai juga
buat aku kan
satu hari pasti
aku mahu pergi buat seketika
diam bisu pekak tuli seketika
mungkin aku terlalu emosi
tidak la aku bukan seorang yang bermain perasaan
ini hanya satu rasa
bukan untuk mencampak sesiapa
mohon mengerti kalian semua tetap di ingatan

Thursday 24 November 2011

fractures

jatuh berkali kali itu aku
bangun sendiri juga aku
tapi yang papahnya kau
hilang punca itu aku
tapi tunjuk arahnya kau
hati mati itu aku
tapi tukang jahitnya kau


Tuesday 22 November 2011

dewasa

angin lembut sayu pipi
duduk seorang di tengah tengah ragam
kepul kepul asap buat aku rindu
teh tarik kurang manis semacam ganja
aku idamkan
duduk seorang lagi
kilau masa depan aku fikirkan

Thursday 17 November 2011

face

risau begitu risau
kau lihat orang lain senang
 jaga tepi kain sendiri sudah la
sedangkan kain sendiri koyak rabak
kesian bukan

apa perlu aku belikan kain seindah syurga?
owh aku sendiri sedar aku tak mampu utk itu
kemon
bahu kanan kiri masing masing sudah ada
jelas terang atau mungkin sudah cacat
sampai terlupa

tapi normal
manusia bermacam macam muka
hati dibiarkan berulat busuk
lumrahnya kan?


Wednesday 16 November 2011

harta

aku susah hati
disebabkan darah daging sendiri
hebat sakitnya dari hilang sang kekasih
duhai harta tak ternilai
taufannya untuk aku tak mengapa
pelanginya untuk kau lebih bererti buat aku

Tuesday 15 November 2011

demi

demi masa lalu dan masa depan
tunjukkan la aku dari tinggi langitmu
apakah ini dugaan maha hebat darimu
cekal tabah buat dinding jiwa
pada mata mata yang semakin dimamah usia
sabarlah wahai insan tua
sejuk hati akan sampai pada hari yang pasti
segugus pesanan dari anak anak mu yang degil ini
kerana aku yang bergelar kakak
punya beban yang sama

Monday 14 November 2011

jejak

emosi terjejas
aku tak pernah beza beza
busuk jijik kotor
punya darah yang sama
daging yang sama
siat cincang rasa yang sama kn?
pandang sana sini
teduhnya didunia sama
koyak hati lihat nama belakangnya
mengalir satu nama
sakitnya juga rasa yang sama
pijak la lumat sekali mana pun
tak berganjak
sebab darah kau dan aku sama
satu hari nanti kau pasti mengerti

Friday 11 November 2011

Thursday 10 November 2011

semacam

secalit senyuman aku pamerkan
masih harap ia tetap manis
aku senang, selesa begini
otak beku mula keluar
tidak sorok sorok, malu malu
biar layu tetap di pucuk sendiri
kisah bermula

Wednesday 9 November 2011

klimaks

kau punya perempuan cantik
tapi aku punya lelaki paling manis hatinya


p/s : ketagih

Tuesday 8 November 2011

sakan

awal malam ini sambil ditemani suria di cordoba
dari buta kini celik, hebatkan kuasa "pencipta"
drama ulang tayang seperti hari hari sekeliling
ada yg indah rasa tak mahu bangun
ada yg celaka rasa mahu cabut nyawa
itu semua kehidupan
"hidup ini memang palat tp esok masih ada"-kami the movie
jatuh bangun jatuh bangun jatuh berkali kali itu pasti
roda takkan selalu ada diatas
pincang hati harapnya kental jiwa
otak jangan jd sempit
jahit la sikit sikit hati tu pasti boleh
bahagia macam manusia lain
jangan sampai lupa tapak kaki dimana berpijak
bumi jadi paksi setia dan dia dr tinggi langitnya memerhati
ingat itu























p/s : bersepai hati suatu ketika

biru

penat, lelah
aku susah tidur, anjing gonggong bak kata chairil anwar
tp aku puas bila bersama lelaki kegemaran
masa bersama kau
terlalu tinggi nilainya buat aku
hidup duapuluhlima ini
hanya ada dua lelaki kegemaran

bekas kekasih yg sudah basi
tp ttp saja merangkak dlm hati

jatuh bangun bersama kini
sentiasa mencampakkan tangannya
sedaya upaya utk aku
buat aku berteduh di tulang belakangnya
terima kasih















p/s : sesak nafas kuala lumpur dikelilingi penjajah baru

Monday 7 November 2011

hidup semula

segalanya dikekang tersekat sekat
bukan dr siapa tp aku sendiri
aku hadir dgn hati yang dicarik carik
separuh hilang ke sana dan separuh hilang ke sini

maaf,
ini bukan sesuatu yang emosi
cuma rasa, ya ya rasa

lama disimpan
sampai hidup semuanya jadi palat
sampai senyum jadi mahal

hari ini
hidup semula
p/s : dunia baru sisukamerah

Sunday 6 November 2011

dingin

dua pagi
tetap setia menerawang segala minda
belah otak sambil nyamuk rindu akan darah
kaku seketika
tercari-cari apa yg bermain dikepala otak
dingin, selimut menerobos kaki sedang telanjang
ahhhh tetap saja belum jumpa jawapannya

risau apa?
tuhan sentiasa ada, minta saja dia dgr segala dr tinggi langitnya

bukan bukan
tp apa?

penat belah otak, cari setiap sudut dan sisi
"sisi hitam dan putih"















p/s : selamat hari korban dunia

Friday 4 November 2011

rajuk jiwa

ini la music rajuk jiwa aku sekarang
bagai melayang-layang dibuatnya
buntu, kaku, cemas, rabak
hilang seketika
indah malam ditemani bunyi-bunyi sepi




p/s : aku cuma perlu sebatang rokok marlboro merah
       aku rindu